Mengenai Saya

Foto saya
Student Of Islamic Councelling

Sabtu, 26 November 2011

UnGkaPaN CiNTa...


Kalimah cinta sering diucapkan, namun keseringan kita menyebut cinta belum bermakna kita sudah mempunyai pengertian yang tepat mengenainya. Akibatnya, cinta sering disalahtafsirkan. Salah tafsiran mendorong kepada salah tindakan. Daripada sesuatu yang mahal dan murni sifatnya, cinta bertukar menjadi salah satu yang termurah dan tercemar.   
Kerap kali, cinta menjadi sesuatu yang pedih, jijik dan mengecewakan. Kecewa bercinta, 'cinta monyet' dan sebagainya sudah tidak asing lagi dikalangan remaja. Ramai yang telah menderita kerana cinta. Lalu berderetanlah korban cinta sepanjang zaman seperti Romeo dan Juliet, Uda dan Dara dan Anthony dan Cleopatra. 
Sebelum mengaitkan cinta dan perkahwinan, adalah lebih baik jika diperjelaskan falsafah cinta itu terlebih dahulu. Ini bukanlah persoalan ilmiah yang menurut perahan akal tahap sarjana, tetapi perbahasan mudah yang melibatkan fitrah dan rasa. Justeru cinta adalah fitrah yang dikurniakan Tuhan kepada setiap manusia. 
Ingin menyintai dan dicintai adalah keperluan semulajadi yang perlu diisi. Hati memerlukan cinta, sama seperti jasad memerlukan makanan. Begitu juga manusia memerlukan agama sebagai petunjuk. Anehnya,apa yang kita rasai tidak semestinya kita fahami. Lalu apakah sebenarnya cinta itu? Mari kita mencari jawapan yang benar logikal dan pratikalnya yang boleh diterima berdasarakan konsep Islam sebenar.
CINTA DAN PENCIPTANYA.
Untuk mengetahui segala-galanya tentang cinta, manusia perlu merujuk kepada pencipta cinta itu sendiri yakni Allah SWT. Tuhan menciptakan cinta, maka Dialah yang Maha Mengetahui sifat dan rahsianya. Cinta itu indah kerana diciptakan oleh Allah Yang Maha Indah. Sabda Rasulullah SAW:-
                        " Allah itu indah dan cintakan keindahan"
            Bukan saja indah, cinta yang diciptakan Allah itu bertujuan untuk menyelamatkan, mententeramkan dan membahagiakan manusia. Tidak kira sama ada dalam komunikasi antara manusia dengan Tuhan. 
Allah SWT tidak mengurniakan rasa cinta semata-mata, tetapi Allah juga mengurniakan 'hukum' cinta yang mesti dipatuhi demi mencapai maksud penciptaannya. Dengan 'hukum' itu, Allah SWT mengatur agar cinta sentiasa selamat dan menyelamatkan. Begitulah cinta dalam Islam, ia mempunyai kaedah dan peraturan demi menjaga kemurnian dan kesuciannya. Selagi manusia berpegang kepada peraturan ini, selagi itulah cinta terpelihara dalam sifat fitrahnya yang asal, yakni murni, indah dan mententeramkan. 
Tidak kira di mana dan dalam keadaan apa sekalipun, selagi cinta mematuhi hukum Allah, selagi itulah ia indah. Inilah faktor penentu keindahan cinta sama ada sebelum atau selepas perkahwinan. Dalam dua keadaan, yang mana satu lebih memudahkan hukum cinta itu dipatuhi? Sebelum atau selepas perkahwinan? 
Untuk menjawabnya, kita terpaksa merujuk kepada kenyataan awal semula, yakni cinta adalah fitrah dari Allah yang ada peraturannya. Untuk mendapat cinta yang sejati dan berkekalan, peraturan ini mesti dipatuhi. 
Peraturan pertama yang perlu dipatuhi ialah cinta itu mesti dibina atas dasar cinta Allah. Cintalah sesiapa pun tetapi mestilah kerana Allah. Namun meletakkan cinta hanya untuk dan kerana Allah tidaklah menghalang meletakkan cinta kepada yang lain. Islam membenarkan seorang ibu mencintai anaknya, seorang rakyat menyintai pemimpinnya, seorang isteri menyintai suaminya, malah seorang wanita terhadap lelaki dan sebaliknya... tetapi dengan syarat cinta itu mestilah diletakkan atas dasar cinta Allah. Bagi memudahkan bicara agar mudah di fahami, segala apa yang ingin dicintai, kecintaan kepada Allah dan Rasul mestilah menjadi keutamaan. 
APA TANDANYA KITA MENYINTAI SESEORANG ATAS DASAR CINTAKAN ALLAH? 
Jawapannya di sini:-
Pertama, mestilah dipastikan kecintaan itu tidak melebihi cinta kepada Allah. Kita akan sentiasa mendahulukan kehendak kecintaan utama kita (Allah) daripada kehendak kecintaan-kecintaan kita yang lain. Pertemuan antara cinta Allah dan kecintaan kepada yang lain tidak seharusnya berlaku sekiranya cinta Allah mendapat keutamaan tertinggi dan cinta-cinta lain diatur serta dirujukkan kepada Allah. 
Kedua, cinta itu mestilah tidak melanggar batas-batas syariat. Jangan cinta menyebabkan kita berdosa kerana tidak melaksanakan apa yang diperintahkanNya dan melanggar apa yang dilarangNya. Cinta yang sejati tidak bertuankan nafsu. Apabila dua syarat ini dilanggar, maka cinta tidak akan murni dan berkekalan lagi. Inilah punca patahnya cinta selepas perkahwinan. Tetapi, sekiranya dua hukum cinta dipatuhi, maka disinilah pula letaknya keindahan cinta selepas perkahwinan. 
            AWAS!!!! Jangan putusnya cinta diri musnah seolah2 tidak berakal. Guna nikmat akal dengan berfikir secara waras apabila menempuhi alam percintaan. Allahlah yang adil dalam meletakkan sesuatu ke atas hambanya.
Wallahua'lam.
Segala yang baik dari Allah dan yang kurang dari kelemahan diri saya sendiri. Sebenarnya hakikat kedua2 itu adalah dari Allah s.w.t

RuMah TanGGa sEoraNg LelaKi


Ayah yang sedang sibuk bekerja melihat jam ditangan seraya berkata “haa, nak balik dah, kemaslah” ayah pon mnyelesaikan sedikit lagi kerjanya, kemudian menutup komputer.. pastu tengok fail-fail atas meja.. “ni kene susun ni, kalu x leceh lak nnt nak cari..” sambil menyusun fail-fail terjumpe reset yuran anak.. em, bulan ni punye yuran x bayar lagi.. esok kene pergi sekolah bayar.. hampir siap susun, personal asistent masok untuk memberitahu jadual-jadual di office “encik, esok encik ade meeting kat pejabat sekian-sekian pkol 10.. “em, InsyaAllah.. esok pagi saye pegi skolah anak dulu, lepas tu sye trus ke sane.. ok, da siap kemas.. amek kunci kereta turun dari office
 
Masok krete, baru nak start enjin hanfon berbunyi mak telefon.. sambil tersenyum, ayah menjawab panggilan telefon.. “Assalamualaikum abg, abg ade kat mne, x balik lagi ke?” tnye mak..  Em, abg bru je trun pejabat ni.. nak balik dah ni.. kenape ayang? Sapa ayah dengan nada manja.. “nati abg tlong beli barang dapur yea.. untuk mkn malam ni.. susu anak nak nak hbes dah ni, abg beli yang pack besar yea.. pastu abg beli la ape2 yg patot.. kata emak seraya ayah menjawab “ok, nati abg beli” ok, trime kaseh abg, hati2 driver yea.. assalamualaikum.. emak menamatkan perbualan ringkas dalam telefon.. ayah yang keletihan memerah kudrat sepanjang hari untuk mencari nafqah keluarga pon start enjin kereta dan berjalan menuju supermarket tanpa sebarang rungutan..

Sampai di supermarket, ayah pon membeli ape yang dipesan oleh mak membeli barang-barang dapur.. kalu x de barang nnt, mcm mne mak nak msak.. sebelum menuju ke tempat barang-barang tersebut, ayah ke kaunter ATM dulu.. “em, 200 ckup kot.. x pe lah, x ckup nnt kluar lagi”.. bicara ayah dalam hati.. beras, tepung, ayam, ikan, gula, garam, sayur, kicap, sos.. em, ni da ckup kot untuk barang dapur.. pastu g cari susu anak, biskut-biskut, keropok-keropok, snak untuk makanan santai di rumah.. eh, sabun x beli lagi ni.. ayah pon pergi cari sabun mnd, sabun basuh kain, sabun basuh pinggan, losyen anak.. em, minyak rambut, bedak, rexona da nk hbes.. beli lah sebotol.. ok settle.. barang-barang yang banyak tersebut di letakkan di dalam troli dan dibawa ke kereta dan diletakkan di belakang..

Ok, siap.. “Ya Allah, kotor dah kreta aku.. da lme x hantar car wash.. em, pagi ahad ni hantar car wash lah, tengh hari tu nak bwak family berjalan..” ayah pon menaiki kereta dan memandu pulang kerumah dengn rasa gembira.. tengok meter, mnyak nak hbes.. singgah stesen mnyak.. “50 yea dik” bicara ayah pada cashher.. Ok, tank 3 yea bang.. trima kasih… respon cashher dan di balas ayah “sama-sama”.. ayah pon meneruskan perjalanan pulang ke rumah sambil berbagai karenah dan masalah yang bermain di minda ayah.. “x pe, aku harus bersabar menghadapi liku-liku kehidupan ini..” bicara ayah dalam hati..
Sesampainya di rumah, ayah pon mengangkat barang-barang yang dibeli ke dalam rumah..”ayang, tlong angkat barang-barang ni..” pinta ayah kepada emak.. “baik abang” jawab emak tanpa membantah.. ayah..!! panggil si anak.. mainan adik da rosak.. “ok, nati ayah beli yang lain yea..” jawab ayah sambil tersenyum menghiburkan hati si anak.. ayah pon duduk di atas sofa.. keletihan terpancar di wajah ayah.. namun ayah x pernah mengeluh.. dalam pada itu, emak yang memahami keletihan ayah membuatkan segelas air untuk ayah.. “air abang” trima kasih.. jawab ayah mesra.. ayang ke dapur dulu yea.. jam di dinding menunjukkan hampir pkul 6 ptg.. aduhhh.. x solat asar lagi.. ayah pon bergegas ambil wudhuk di bilik air yang terletak di dapur.. sambil ayah berwudhuk, emak berbicara..  “abg, langsir kte da lme x tukar.. pastu rice cooker ni nampak mcm da x brape elok je.. peti ais x muat nak letak barang.. nati abg dapat bonus, abg ganti la yea.. “insyaAllah… jawab ayah tersenyum… 

Ayah pon bergegas ke bilik solat untuk melaksanakan tanngungjawanya sebagai hamba Allah.. selesai solat ayah pon menadah tangan dan berdoa untuk kesejahteraan hidup dunia dan akhirat.. selepas itu ayah kembali ke ruang tamu memerhatikan gelagat si anak yang sedang bergembira menonton rancangan upin&ipin.. sedang ayah tersenyum memerhatikan gelagat si snak, hanfon ayah berbunyi isyarat ada satu mesej.. ahmad kwn universiti ayah hntr msj.. “mir, mlm ni perak lwn selangor.. ko tengok kat mner?  Ayah pon membalas.. aku tengok kt umah je kot.. nk tengok ngn bini aku.. ok, mlm mngu nnt jngn lupe futsal yea.. pkol 8.. 

Emak yang sudah siap msak dtg mendampingi ayah dan bertanya “sape msj abg?.. ahmad, kwn abg msj ajak tengok bola.. abg jwb nk tengok kat rumah je.. nak tengok dengn ayang.. jawab ayah tersenyum manis.. ayang da siap msak? Ayah menyampung pembicaraan.. da siap dah.. hari ni ayang msak simple jer.. lteh la abg hari ni.. keluh emak.. x pe la ayang, yang penting kte ade rezeki untuk mkn mlm ni.. jwb ayah.. emak tersenyum mendengr jawapan ayah.. ayah pon bersandar sambil hati berbicara “syukur ya Allah, kau telah beri aku kenikmatan kehidupan sehingga aku dpt menjalankan tnggungjwab aku sebagai hambaMu, ketua keluarga dan anggota masyarakat…
p/s
 sape kate jadi lelaki senang?? Sape kate lelaki x berperan dalam keluarga?? Sape kate tngungjwab suami mudah? Sebb itu Rasulullah pernah berkata yang bermaksud “jika diizinkan manusia sujud pada mnusia, nescaya akan ku perintahkan isteri sujud pada suaminya kerna begitu besar pengorbanan seorang suami..
kalau wanita mengakui kebenaran ini, hormat dan hargailah mereka yang x pernah rasa nak mngeluh untuk membahagiakan isteri dan anak2.. tu blom cter psal tnggungjwab terhadap mak ayah kt kg..