Mengenai Saya

Foto saya
Student Of Islamic Councelling

Sabtu, 26 November 2011

UnGkaPaN CiNTa...


Kalimah cinta sering diucapkan, namun keseringan kita menyebut cinta belum bermakna kita sudah mempunyai pengertian yang tepat mengenainya. Akibatnya, cinta sering disalahtafsirkan. Salah tafsiran mendorong kepada salah tindakan. Daripada sesuatu yang mahal dan murni sifatnya, cinta bertukar menjadi salah satu yang termurah dan tercemar.   
Kerap kali, cinta menjadi sesuatu yang pedih, jijik dan mengecewakan. Kecewa bercinta, 'cinta monyet' dan sebagainya sudah tidak asing lagi dikalangan remaja. Ramai yang telah menderita kerana cinta. Lalu berderetanlah korban cinta sepanjang zaman seperti Romeo dan Juliet, Uda dan Dara dan Anthony dan Cleopatra. 
Sebelum mengaitkan cinta dan perkahwinan, adalah lebih baik jika diperjelaskan falsafah cinta itu terlebih dahulu. Ini bukanlah persoalan ilmiah yang menurut perahan akal tahap sarjana, tetapi perbahasan mudah yang melibatkan fitrah dan rasa. Justeru cinta adalah fitrah yang dikurniakan Tuhan kepada setiap manusia. 
Ingin menyintai dan dicintai adalah keperluan semulajadi yang perlu diisi. Hati memerlukan cinta, sama seperti jasad memerlukan makanan. Begitu juga manusia memerlukan agama sebagai petunjuk. Anehnya,apa yang kita rasai tidak semestinya kita fahami. Lalu apakah sebenarnya cinta itu? Mari kita mencari jawapan yang benar logikal dan pratikalnya yang boleh diterima berdasarakan konsep Islam sebenar.
CINTA DAN PENCIPTANYA.
Untuk mengetahui segala-galanya tentang cinta, manusia perlu merujuk kepada pencipta cinta itu sendiri yakni Allah SWT. Tuhan menciptakan cinta, maka Dialah yang Maha Mengetahui sifat dan rahsianya. Cinta itu indah kerana diciptakan oleh Allah Yang Maha Indah. Sabda Rasulullah SAW:-
                        " Allah itu indah dan cintakan keindahan"
            Bukan saja indah, cinta yang diciptakan Allah itu bertujuan untuk menyelamatkan, mententeramkan dan membahagiakan manusia. Tidak kira sama ada dalam komunikasi antara manusia dengan Tuhan. 
Allah SWT tidak mengurniakan rasa cinta semata-mata, tetapi Allah juga mengurniakan 'hukum' cinta yang mesti dipatuhi demi mencapai maksud penciptaannya. Dengan 'hukum' itu, Allah SWT mengatur agar cinta sentiasa selamat dan menyelamatkan. Begitulah cinta dalam Islam, ia mempunyai kaedah dan peraturan demi menjaga kemurnian dan kesuciannya. Selagi manusia berpegang kepada peraturan ini, selagi itulah cinta terpelihara dalam sifat fitrahnya yang asal, yakni murni, indah dan mententeramkan. 
Tidak kira di mana dan dalam keadaan apa sekalipun, selagi cinta mematuhi hukum Allah, selagi itulah ia indah. Inilah faktor penentu keindahan cinta sama ada sebelum atau selepas perkahwinan. Dalam dua keadaan, yang mana satu lebih memudahkan hukum cinta itu dipatuhi? Sebelum atau selepas perkahwinan? 
Untuk menjawabnya, kita terpaksa merujuk kepada kenyataan awal semula, yakni cinta adalah fitrah dari Allah yang ada peraturannya. Untuk mendapat cinta yang sejati dan berkekalan, peraturan ini mesti dipatuhi. 
Peraturan pertama yang perlu dipatuhi ialah cinta itu mesti dibina atas dasar cinta Allah. Cintalah sesiapa pun tetapi mestilah kerana Allah. Namun meletakkan cinta hanya untuk dan kerana Allah tidaklah menghalang meletakkan cinta kepada yang lain. Islam membenarkan seorang ibu mencintai anaknya, seorang rakyat menyintai pemimpinnya, seorang isteri menyintai suaminya, malah seorang wanita terhadap lelaki dan sebaliknya... tetapi dengan syarat cinta itu mestilah diletakkan atas dasar cinta Allah. Bagi memudahkan bicara agar mudah di fahami, segala apa yang ingin dicintai, kecintaan kepada Allah dan Rasul mestilah menjadi keutamaan. 
APA TANDANYA KITA MENYINTAI SESEORANG ATAS DASAR CINTAKAN ALLAH? 
Jawapannya di sini:-
Pertama, mestilah dipastikan kecintaan itu tidak melebihi cinta kepada Allah. Kita akan sentiasa mendahulukan kehendak kecintaan utama kita (Allah) daripada kehendak kecintaan-kecintaan kita yang lain. Pertemuan antara cinta Allah dan kecintaan kepada yang lain tidak seharusnya berlaku sekiranya cinta Allah mendapat keutamaan tertinggi dan cinta-cinta lain diatur serta dirujukkan kepada Allah. 
Kedua, cinta itu mestilah tidak melanggar batas-batas syariat. Jangan cinta menyebabkan kita berdosa kerana tidak melaksanakan apa yang diperintahkanNya dan melanggar apa yang dilarangNya. Cinta yang sejati tidak bertuankan nafsu. Apabila dua syarat ini dilanggar, maka cinta tidak akan murni dan berkekalan lagi. Inilah punca patahnya cinta selepas perkahwinan. Tetapi, sekiranya dua hukum cinta dipatuhi, maka disinilah pula letaknya keindahan cinta selepas perkahwinan. 
            AWAS!!!! Jangan putusnya cinta diri musnah seolah2 tidak berakal. Guna nikmat akal dengan berfikir secara waras apabila menempuhi alam percintaan. Allahlah yang adil dalam meletakkan sesuatu ke atas hambanya.
Wallahua'lam.
Segala yang baik dari Allah dan yang kurang dari kelemahan diri saya sendiri. Sebenarnya hakikat kedua2 itu adalah dari Allah s.w.t

RuMah TanGGa sEoraNg LelaKi


Ayah yang sedang sibuk bekerja melihat jam ditangan seraya berkata “haa, nak balik dah, kemaslah” ayah pon mnyelesaikan sedikit lagi kerjanya, kemudian menutup komputer.. pastu tengok fail-fail atas meja.. “ni kene susun ni, kalu x leceh lak nnt nak cari..” sambil menyusun fail-fail terjumpe reset yuran anak.. em, bulan ni punye yuran x bayar lagi.. esok kene pergi sekolah bayar.. hampir siap susun, personal asistent masok untuk memberitahu jadual-jadual di office “encik, esok encik ade meeting kat pejabat sekian-sekian pkol 10.. “em, InsyaAllah.. esok pagi saye pegi skolah anak dulu, lepas tu sye trus ke sane.. ok, da siap kemas.. amek kunci kereta turun dari office
 
Masok krete, baru nak start enjin hanfon berbunyi mak telefon.. sambil tersenyum, ayah menjawab panggilan telefon.. “Assalamualaikum abg, abg ade kat mne, x balik lagi ke?” tnye mak..  Em, abg bru je trun pejabat ni.. nak balik dah ni.. kenape ayang? Sapa ayah dengan nada manja.. “nati abg tlong beli barang dapur yea.. untuk mkn malam ni.. susu anak nak nak hbes dah ni, abg beli yang pack besar yea.. pastu abg beli la ape2 yg patot.. kata emak seraya ayah menjawab “ok, nati abg beli” ok, trime kaseh abg, hati2 driver yea.. assalamualaikum.. emak menamatkan perbualan ringkas dalam telefon.. ayah yang keletihan memerah kudrat sepanjang hari untuk mencari nafqah keluarga pon start enjin kereta dan berjalan menuju supermarket tanpa sebarang rungutan..

Sampai di supermarket, ayah pon membeli ape yang dipesan oleh mak membeli barang-barang dapur.. kalu x de barang nnt, mcm mne mak nak msak.. sebelum menuju ke tempat barang-barang tersebut, ayah ke kaunter ATM dulu.. “em, 200 ckup kot.. x pe lah, x ckup nnt kluar lagi”.. bicara ayah dalam hati.. beras, tepung, ayam, ikan, gula, garam, sayur, kicap, sos.. em, ni da ckup kot untuk barang dapur.. pastu g cari susu anak, biskut-biskut, keropok-keropok, snak untuk makanan santai di rumah.. eh, sabun x beli lagi ni.. ayah pon pergi cari sabun mnd, sabun basuh kain, sabun basuh pinggan, losyen anak.. em, minyak rambut, bedak, rexona da nk hbes.. beli lah sebotol.. ok settle.. barang-barang yang banyak tersebut di letakkan di dalam troli dan dibawa ke kereta dan diletakkan di belakang..

Ok, siap.. “Ya Allah, kotor dah kreta aku.. da lme x hantar car wash.. em, pagi ahad ni hantar car wash lah, tengh hari tu nak bwak family berjalan..” ayah pon menaiki kereta dan memandu pulang kerumah dengn rasa gembira.. tengok meter, mnyak nak hbes.. singgah stesen mnyak.. “50 yea dik” bicara ayah pada cashher.. Ok, tank 3 yea bang.. trima kasih… respon cashher dan di balas ayah “sama-sama”.. ayah pon meneruskan perjalanan pulang ke rumah sambil berbagai karenah dan masalah yang bermain di minda ayah.. “x pe, aku harus bersabar menghadapi liku-liku kehidupan ini..” bicara ayah dalam hati..
Sesampainya di rumah, ayah pon mengangkat barang-barang yang dibeli ke dalam rumah..”ayang, tlong angkat barang-barang ni..” pinta ayah kepada emak.. “baik abang” jawab emak tanpa membantah.. ayah..!! panggil si anak.. mainan adik da rosak.. “ok, nati ayah beli yang lain yea..” jawab ayah sambil tersenyum menghiburkan hati si anak.. ayah pon duduk di atas sofa.. keletihan terpancar di wajah ayah.. namun ayah x pernah mengeluh.. dalam pada itu, emak yang memahami keletihan ayah membuatkan segelas air untuk ayah.. “air abang” trima kasih.. jawab ayah mesra.. ayang ke dapur dulu yea.. jam di dinding menunjukkan hampir pkul 6 ptg.. aduhhh.. x solat asar lagi.. ayah pon bergegas ambil wudhuk di bilik air yang terletak di dapur.. sambil ayah berwudhuk, emak berbicara..  “abg, langsir kte da lme x tukar.. pastu rice cooker ni nampak mcm da x brape elok je.. peti ais x muat nak letak barang.. nati abg dapat bonus, abg ganti la yea.. “insyaAllah… jawab ayah tersenyum… 

Ayah pon bergegas ke bilik solat untuk melaksanakan tanngungjawanya sebagai hamba Allah.. selesai solat ayah pon menadah tangan dan berdoa untuk kesejahteraan hidup dunia dan akhirat.. selepas itu ayah kembali ke ruang tamu memerhatikan gelagat si anak yang sedang bergembira menonton rancangan upin&ipin.. sedang ayah tersenyum memerhatikan gelagat si snak, hanfon ayah berbunyi isyarat ada satu mesej.. ahmad kwn universiti ayah hntr msj.. “mir, mlm ni perak lwn selangor.. ko tengok kat mner?  Ayah pon membalas.. aku tengok kt umah je kot.. nk tengok ngn bini aku.. ok, mlm mngu nnt jngn lupe futsal yea.. pkol 8.. 

Emak yang sudah siap msak dtg mendampingi ayah dan bertanya “sape msj abg?.. ahmad, kwn abg msj ajak tengok bola.. abg jwb nk tengok kat rumah je.. nak tengok dengn ayang.. jawab ayah tersenyum manis.. ayang da siap msak? Ayah menyampung pembicaraan.. da siap dah.. hari ni ayang msak simple jer.. lteh la abg hari ni.. keluh emak.. x pe la ayang, yang penting kte ade rezeki untuk mkn mlm ni.. jwb ayah.. emak tersenyum mendengr jawapan ayah.. ayah pon bersandar sambil hati berbicara “syukur ya Allah, kau telah beri aku kenikmatan kehidupan sehingga aku dpt menjalankan tnggungjwab aku sebagai hambaMu, ketua keluarga dan anggota masyarakat…
p/s
 sape kate jadi lelaki senang?? Sape kate lelaki x berperan dalam keluarga?? Sape kate tngungjwab suami mudah? Sebb itu Rasulullah pernah berkata yang bermaksud “jika diizinkan manusia sujud pada mnusia, nescaya akan ku perintahkan isteri sujud pada suaminya kerna begitu besar pengorbanan seorang suami..
kalau wanita mengakui kebenaran ini, hormat dan hargailah mereka yang x pernah rasa nak mngeluh untuk membahagiakan isteri dan anak2.. tu blom cter psal tnggungjwab terhadap mak ayah kt kg..

Sabtu, 9 April 2011

meNGinTai PeMBoHong...!!!!

Assalamualaikum.. halloo.. ha, kan cni aku nak cter ckit kat korg tentang body language atau disebut bahasa tubuh mcm tunjuk ibu jari (bagus) tunjuk kaki (nak makan penerajang?) hehe.. ok, Salah satu bende penting yang mesti dikuasai oleh student kaunseling ni adalah body language. Body language banyak manfaatnye.. salah satu manfaatnye adalah kite dapat tau gerak geri orang yang sedang menipu atau berbohong.. dalam arti kata lain, tidak bercakap benar laa... hehhe.. same jer.. em, nak taw mcm mne ciri body language orang bohong.. bace ni... Sebelum kite berbicara lebih lanjut bagaimana mengetahui seseorang berbohong atau tidak, ada baiknya kite mengetahui terlebih dahulu 4 jenis pembohong atau penipu:
1.Orang yang jarang menipu.
orang yang jarang menipu ni, die terpakse menipu atas beberape sebeb tertentu.. mungkin untuk mengelak diri dari ancaman, membela nasib n kwan n yg sejenisnyer.. disebabkan die jarang menipu, ketakutan akan ternampak di memek wajah die..
2. orang yang selalu menipu.
ni atas sket dari tadi.. die bukan jugak seorang yang penipu.. tapi da selalu menipu.. slalunye penipuan die akan diketahui dengan dilihat pade perbuatannye yang x same dengan ap yang die buat.
3. orang yang memang kaki menipu.
ni kriteria orang yang btol2 suke menipu.. terdesak ke, x ke, die nak jugak menipu.. org jenis ni slalu je lari bile kte nak tanye ape2.. dari situ da nampak yg die mmg kaki penipu..
4. penipu yang profesional.
jenis yang ke empat ni ialah penipu yang selalu berjaye mengelabui mate kite.. perwatakan die baik, cakap pon lemah lembut.. orang munafik la senang cter.. nak nampak yang die tu penipu mmg susah KECUALI... ha, korang kne btol2 tahu n fham tentang body language..
kat ssini aku nak seneraikan antara gaye badan orang yang tengan menipu nih..
1. Nafas-nafas die agak tercungap-cungap waktu berdepan dengan kter..
2. x boleh nak duduk diam, kejam tangan kat bahu, pastu kat pinggang, pastu letak tangan atas meja, x leh dok diam lah.
3. pegerakan yang die buat tu, die x sedar pon.. x leh dok diam le katekan.. pegang sne, pgg sni..
4. senyuman die palsu.. mulut cube nak senyum, mate nampak garang, pipi merah.. haha.. perhatikan btoi2..
terlalu banyak aksi-aksi kononnye die tu baik dengn kte.. contoh, kte bg taw mlm ni kte nak mengaji, trus setuju dengn berkate mengaji tu dpt banyk pahale, org suke, n mcm2 lagi la pujian yang dilontarkan, padahal die x nak lak ngaji.. hadoii..
ha, itu antare body language yang aku dapat detect la.. kalu korg nak tambah silakan.. ni mahasiswa punye celoteh.. bukan prof ok.. hakhak.. pesan aku, berhati-hati la dengn penipu yea.. penipu dapat merosakkan agame, bangse dan negare.. sekian.. Assalamualaikum..

TINTA KASIH SAYANG “Nur AmiNa”

Aku mencintai suamiku kerana sifatnya yang semulajadi dan aku begitu menyukai perasaan hangat yang muncul di hati ketika bersandar di bahunya yang bidang.

Tiga tahun dalam alam perkenalan, dan dua tahun dalam alam perkahwinan, harus aku akui bahawa aku mulai rasa bosan dan lelah dengan kehidupan berumahtangga dengannya dan alasan-alasan mencintainya dulu telah berubah menjadi sesuatu yang menjemukan.

Aku seorang wanita yang berjiwa sentimental dan benar2 sensitif serta berperasaan halus. Aku merindui saat-saat romantis seperti seorang anak yang menginginkan belaian. Tetapi semua itu tidak lagi aku perolehi. Suamiku jauh berbeza dari apa yang aku harapkan dulu. Rasa sensitifnya kurang. Dan ketidakmampuannya dalam menciptakan suasana yang romantis dalam perkahwinan kami telah memusnahkan semua harapan tentang kehidupan cinta yang ideal.

Suatu hari, aku beranikan diri untuk menyatakan keputusan untuk bercerai.

"Mengapa?", dia bertanya dengan terkejut.

"Aku lelah, kamu tidak pernah memberikan cinta yang aku inginkan"

Dia terdiam dan termenung sepanjang malam di depan komputernya, nampak seolah-olah sedang mengerjakan sesuatu, padahal tidak.

Kekecewaan aku semakin bertambah, seorang lelaki yang tidak dapat mengekspresikan perasaannya, apalagi yang dapat aku harapkan darinya?

Dan akhirnya dia bertanya, "Apa yang dapat aku lakukan untuk mengubah fikiranmu?".

Aku menatap matanya dalam-dalam dan menjawab dengan perlahan, "Aku ada satu pertanyaan, jika kau dapat menemui jawapannya, aku akan mengubah fikiranku: Seandainya, aku menyukai setangkai bunga indah yang ada di tebing gunung dan kita berdua tahu jika kau memanjat gunung itu, kau akan mati. Apakah kau akan melakukannya untukku?"

Dia termenung dan akhirnya berkata, "Aku akan memberikan jawapannya esok."

Hatiku langsung gundah mendengar reaksinya. Keesokan paginya, suamiku tiada di rumah, dan aku menemui selembar kertas dengan coretan tangannya di bawah sebuah gelas yang berisi susu hangat yang bertulis...

"Sayang, aku tidak akan mengambil bunga itu untukmu, tetapi izinkan aku untuk menjelaskan alasannya."

Kalimat pertama ini menghancurkan hatiku. Aku lantas terus membacanya.

"Sayang, kau biasa menggunakan komputer dan selalu menghadapi masalah

kerosakan program di dalamnya dan akhirnya menangis di depan monitor, Aku harus memberikan jari-jariku supaya dapat membantumu dan memperbaiki programnya."

"Kau selalu lupa membawa kunci rumah ketika keluar rumah, dan aku harus memberikan kakiku supaya dapat menendang pintu, dan membukakan pintu untukmu ketika pulang."

"Kamu suka jalan2 ke luar kota tetapi selalu sesat di tempat-tempat baru kamu kunjungi, Aku harus menunggu di rumah agar dapat memberikan mataku untuk mengarahkan jalan untukmu."

"Kamu selalu kelelahan pada waktu 'teman baikmu' datang setiap bulan, dan aku harus memberikan tanganku untuk memicit kakimu yang kebas."

"Kamu seorang yg suka diam di rumah, dan aku selalu khuatir kamu akan menjadi 'aneh'. Dan aku harus membelikan sesuatu yang dapat menghiburkanmu di rumah atau meminjamkan lidahku untuk menceritakan hal-hal lucu yang aku alami."

"Kamu selalu menatap komputermu, membaca buku dan itu tidak baik untuk kesihatan matamu, aku harus menjaga mataku agar ketika kita tua nanti, aku masih dapat menolong memotong kukumu dan mencabuti ubanmu."

"Tanganku akan memegang tanganmu, membimbingmu menyusuri pantai, menikmati matahari pagi dan pasir yang indah. Menceritakan warna2 bunga yang bersinar dan indah seperti cantiknya wajahmu".

"Tetapi sayangku, aku tidak akan mengambil bunga itu untuk mati. Kerana, aku tidak sanggup melihat air matamu mengalir menangisi kematianku."

"Sayangku, aku tahu, di luar sana ada banyak orang yang mampu mencintaimu lebih dari aku mencintaimu."

"Untuk itu sayangku, jika semua yang telah kuberikan dengan tanganku, kakiku, mataku, tidak cukup bagimu. Aku tidak dapat menahan dirimu mencari tangan, kaki, dan mata lain yang dapat membahagiakanmu."

Air mataku jatuh di atas tulisannya dan membuat tintanya menjadi kabur, tetapi aku tetap berusaha untuk membaca selanjutnya...

"Dan sekarang, sayangku, kamu telah selesai membaca jawapanku. Jika kau berpuas hati dengan semua jawaban ini, dan tetap menginginkanku untuk tinggal di rumah ini, tolong bukakan pintu rumah kita, aku sekarang sedang berdiri di luar pintu menunggu jawapanmu."

"Jika kamu tidak puas, sayangku, biarkan aku masuk untuk mengambil barang-barangku, dan aku tidak akan menyusahkan hidupmu. Percayalah, kebahagiaanku adalah apabila kau bahagia.".

Aku segera berlari membuka pintu dan melihatnya berdiri di depan pintu dengan wajah keliru sambil tangannya memegang susu dan roti kesukaanku.

Oh, kini baru aku tahu, tidak ada orang lain yang pernah mencintaiku lebih dari dia mencintaiku. Itulah cinta, di saat kita merasa cinta itu telah beransur-ansur hilang dari hati kita kerana kita merasakan pasangan kita tidak dapat memberikan cinta dalam bentuk yang kita inginkan, maka cinta itu sesungguhnya telah hadir dalam bentuk lain yang tidak pernah kita bayangkan sebelumnya.

Moral :

Seringkali yang kita perlukan adalah memahami bentuk cinta dari pasangan kita, dan bukan mengharapkan bentuk tertentu kerana cinta tidak selalu harus berbentuk "bunga".

Sabtu, 30 Mei 2009

hidupku di banda aceh

salam sejahtera kepada semua... hari ni aku akan ceritakan sket hidup aku kat negare indonesia ni setelah hampir setahun berjuang menuntut ilmu kat sini... sebenarnye aku tak pernah terfikir pon nak blaja kat cni... sebelom dapat tawara kat sini, ak da apply kolej universiti insaniah, alor setar kedah coz aku nak g mesir... tp mcm mne ntah aku dapat tawaran g sini... 25 julai 2008 ialah tarikh aku menjejak kaki buat kali pertama di indonesia. first time sampai tu.. uh, susah nak citer.. aku beberapa kali cuba meyakinkan diri aku bahawa aku boleh hidup kat negare orang.. da 2,3 hari.. aku pon da rase ok.. aku pon memulakan kuliah aku kat cini dalam bidang bimbingan kaunseling islam... aku x penah pikir aku nak amek bidang ni... time skolah dulu, aku pikir 2 bidang je.. syariah ngan usuluddin... taon 2008 ialah taon first aku beraye di luar negare... bnyak pengalaman dapat.. mmg x best ar first2... taon ni nak balik la... nak raye kat kampong lak.. sedar x sedar skung aku da hujung sem 2.. da nak exam da pon... haha.. begini lah citer aku awal2 kat aceh..
... Da lme rasenye aku biarkan cter ni tergantung.. beser la.. student kan.. mesti la buzy dengn macam2 hal.. hadoi.. k, aku sambong cter aku eh.. masa pon terus berlalu, hari bergan
ti hari aku tabah menjalani kehidupan di bumi aceh.. kalu sebelum ni aku berceloteh mase aku sem 1, skung korg taw aku sem bp dah??? da sem 6 der.. taon 2011 da skung.. lme x aku x update blog?? hahaha.. walaupon da lme aku tangguh, aku tetap gak sambong cter aku.. n then, misi aku sekarang adalah trus blaja.. aku taget nak abes sem 8.. doa2kan la aku yea.. ok.. kte jumpe lagi dalam lain pnye celoteh... kurangkan kontoversi, tingkatkan prestasi.. hehe.. Assalamulaikum..